WELCOME TO OUR BLOG - KELI BREEDERS

http://kelibreeders.blogspot.com adalah satu blog yang dicipta khas untuk mereka yang ingin maju dalam penternakan ikan keli. Di sini, kami memberi info mengenai ikan keli dan cara-cara penternakannya.

1. Kami membekalkan benih ikan keli( 2 inci dan 3 inci) dengan harga yang sungguh berpatutan!!!
2. Penghantaran Boleh diuruskan.
3. Tempahan mestilah sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal (7 hari).
4. Kami juga membeli ikan keli yang matang dengan harga menarik! (1 kilo RM3.00)
5. Menjual makanan ikan keli (palet, powder feed, starter etc…)
6. Membantu setup system peternakan ikan keli
7. Free Consultations
8. Jika anda berminat, sila hubungi :-
Kumar (012-6765241)
Alan (012-2621809)
Limzon (019-3049111)
atau emailkan butiran no. untuk dihubungi, lokasi penghantaran, kuantiti benih ke keli_breeders@hotmail.com

Monday, February 2, 2009

Ternakan Ikan Keli

Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil. Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.
Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.

No comments:

Post a Comment